Blogger Backgrounds

Exchange Your Links Here...Do Leave Your comment after that..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selasa, 12 April 2011

Pemergian Arwah Abah Tercinta....Part2

23 / 03 / 2011....tarikh yang merubah segalanya...tarikh di mana aku berhenti kerja... tarikh di mana aku sepatutnya memulakan perjalanan ke tmpat belajarku di sabak bernam bersama Nur adib Zahri...hari di mana air mataku tumpah tatkala melihat keadaan arwah abah yang tdk bermaya pada tika petang menjelang...


Arghh berat sungguh untuk aku mengingati kejadian hari itu...untuk mengingati permintaan terakhir arwah abah kepadaku...

"Tolong belikan abah ayam seekor, abah pening la" katanya kepadaku sejurus tiba di rumah setelah selesai mesin rumput di kedainya di bangi...aku mengetahuinya kerana aku melihatnya memakai pakaian yg biasa dipakainya untuk memesin rumput...

ketika itu aku dapat melihat arwah sudah membeli sayur dan beberapa tin susu untuk memulakan perniagaan gerai makanannya hari itu...xku sangka itu merupakan pembelian terakhir yang arwah lakukan...dan hajatnya untuk membuka kembali gerai makannya yang sudah lama tidak dibuka xkesampaian...

Seketika aku membiarkan arwah abah berehat di meja mkn...selang beberapa minit, arwah menyuruh aku membuat air kegemarannya iaitu air nescafe...aku membuatnya tanpa menyangka apa2...sdh biasa arwah menyuruh anak2nya membuatkannya air di dalam bekas air kegemaannya itu...

Selepas itu,aku meninggalkan arwah di bawh untuk bersiap untuk pergi mengambil kakakku yang pulang bekerja pd pukul 2pm...setelah selesai dan masih mempunyai masa...aku turun ke bawah...

Di saat itu,aku melihat arwah berada di depan pintu bilik air bawah hanya bertuala...ketika itu,aku tidak menyedari bahawa ketika itu, kesakitan yang ditanggung oleh arwah semakin parah...arwah juga tidak mengadu apa2 kepadaku...arghhh menyesalnya aku bila kukenangkan semula kejadian itu.....


#akan kusambung rentetan peristiwa yang mengubah haluan hidup kami sekeluarga....
salam....

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jung Yong Hwa CN Blue - For First - Time Lovers (Banmal Song)