Blogger Backgrounds

Exchange Your Links Here...Do Leave Your comment after that..

Khamis, 28 April 2011

Bagaimana Menyayangi



1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda
meletakkan
sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal
kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia
dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan
biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah
apa-apa
tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan
terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya
kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk
menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban
untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang
untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi
cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba
untuk
mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan
mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang
anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta
setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya
di
dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia
telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita
juga
mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan
diri
anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak
dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana
selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan
harinya,
tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu
adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya
untuk
dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya,
nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan
hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan
hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara
perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya
bukanlah
satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda
perolehi
setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah,
dia
memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang
yang
jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha
sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah
juga
anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan
sekalipun.......

3 ulasan:

flowersgurlz berkata...

thanks alots 4 the tips..best la boleh belajar dari sini..

mama hani berkata...

sayang diri sendiri dahulu....

Kaoshi berkata...

tips yg baik dan bermanfaat. suka no 2, ada 6 billion manusia.. haha..

Sila lawat: Kaoshi Troll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jung Yong Hwa CN Blue - For First - Time Lovers (Banmal Song)